Make your own free website on Tripod.com



Apakah itu Malaria?
Malaria ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis parasit yang dinamakan Plasmodium spp. Parasit ini berpindah dari seorang pesakit kepada orang lain melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti oleh parasit ini. Spesis nyamuk yang menjadi vektor kepada penyakit malaria ialah nyamuk betina Anopheles (Nyamuk Tiruk).

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit malaria?
Penyakit malaria dijangkiti melalui gigitan nyamuk tiruk betina yang telah dijangkiti oleh parasit Plasmodium spp. Jangkamasa mendapat tanda-tanda dan gejala ialah selepas 8-35 hari digigit oleh nyamuk tiruk yang telah dijangkiti. (7-14 hari bagi Plasmodium falciparum, 8-14 hari bagi Plasmodium vivax dan P. ovale, 7-30 untuk P. malariae.

Tanda-tanda dan gejala penyakit.
-Demam panas
-Sejuk menggigil
-Berpeluh
-Sakit badan
-Sakit kepala
-Sakit belakang
-Letih lesu

Apakah kesan buruk penyakit malaria?
Malaria boleh menyebabkan komplikasi seperti:
-Cerebral Malaria
-Kegagalan buah pinggang
-Kepucatan
-Kematian bayi
-Kematian

Apakah cara mengesan penyakit Malaria?
Malaria boleh dikesan melalui pemeriksaan darah terutama sekali semasa pesakit sedang mengalami demam. Semasa itu, parasit baru akan dibebaskan dari sel darah merah. Melalui pemeriksaan slaid darah ini, spesis parasit akan dapat dikenalpasti. Selepas disahkan jenis parasit, rawatan akan dimulakan.

Apakah rawatan yang diberikan?
Rawatan yang diberikan bergantung kepada jenis parasit. Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan darah dijalankan setiap hari. Pesakit hanya dibenarkan pulang jika spesimen darahnya negatif untuk parasit selama 3 hari berturut-turut. Pesakit juga perlu menghabiskan ubat yang diberikan dan selepas tamat rawatan sekali lagi pemeriksaan darah akan dilakukan. Semasa di rumah atau hospital, pesakit perlu tidur dalam kelambu sepanjang malam dan awal pagi. (Ini ialah kerana nyamuk tiruk menggigit pada awal malam dan awal pagi.)

Langkah pencegahan yang perlu diambil.
-Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk tiruk. Nyamuk tiruk membiak di kawasan takungan air kotor. Boleh menggunakan ikan yang memakan jejentik.
-Penggunaan racun serangga untuk membunuh larva dan nyamuk dewasa. Harus digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kekebalan nyamuk kepada racun serangga.
-Penggunaan kelambu berubat bagi tempat yang penduduknya sering dijangkiti malaria.
-Menggunakan baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk. Menggunakan ubat mengelak gigitan nyamuk pada tempat yang terdedah. (endemik malaria)
-Rawatan yang berkesan dan sempurna untuk semua pesakit malaria. (insect repelent)
-Mengambil rawatan profilaksis apabila memasuki kawasan endemik malaria.