Make your own free website on Tripod.com

PROGRAM KHAS - Pusat Info Kesihatan Masyarakat

Pengenalan

Pada tahun 1999, kadar insiden (kejadian) penyakit Pulmonari Tuberculosis, PTB (batuk kering) di daerah Pendang adalah yang tertinggi di negeri Kedah. Pesakit PTB dari Pendang juga mendapatkan rawatan hanya setelah penyakitnya di peringkat yang sangat teruk (advanced stage). Akibatnya kematian yang disebabkan oleh PTB adalah tinggi di Pendang, melebihi purata kadar kematian PTB negeri Kedah.

Penubuhan Klinik Dada Pendang

Klinik Dada Pendang (KDP) telah dimulakan pada 1 April 2000 di Klinik Kesihatan (KK) Pendang dengan sokongan dari Pengarah Kesihatan Negeri Kedah  dan Timbalannya, Pakar Perubatan Respiratori Hospital Alor Setar dan ahli-ahli pasukannya. Sebelum penubuhan KDP, pesakit PTB perlu menjalani pemeriksaan dan memulakan rawatan di Klinik Dada Hospital Alor Setar. Tetapi sejak 1 April 2000, semua aspek perawatan PTB dapat diberikan di KDP

Objektif

  • Meningkatkan pengesanan awal pesakit PTB di daerah Pendang
  • Memberikan rawatan kepada pesakit PTB berhampiran dengan tempat tinggal pesakit
  • Mengurangkan beban kewangan pesakit
  • Mengurangkan tahap engkar (defaulter rate) pesakit PTB di daerah Pendang
  • Menurunkan kadar kematian PTB

Skop Perawatan.

  • Pemeriksaan fizikal
  • Pemeriksaan kahak untuk bakteria (kuman) TB, Mycobacterium tuberculosis.
  • Pemeriksaan X-ray dada
  • Memulakan rawatan
  • Memberi rawatan secara berterusan sehingga tamat tempoh
  • Pemeriksaan ulangan.
  • Pengesanan dan pemeriksaan kontek
  • Membantu mendapatkan bantuan kewangan untuk tambang dari Persatuan PTB Malaysia (MAPTB) kepada yang layak.

<< Kembali Ke Menu Program Khas