Berita Terkini & Status Semasa Penyakit


 

Upacara Pecah Tanah Klinik Desa 
2G Padang Durian, Pendang

Pada 7 Julai 2002, satu majlis upacara Pecah Tanah Klinik Desa 2G Padang Durian telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chu Jui Meng. Majlis turut dihadiri oleh EXCO Kesihatan Kedah, Dato V.Saravanam, Pengarah Kesihatan Kadah, Dr. Norimi Murad, Timbalan - timbalan Pengarah Kesihatan Kedah, Pegawai Kesihatan Daerah Pendang, ketua-ketua masyarakat, penduduk-penduduk kampung berdekatan serta kakitangan kesihatan sendiri.
Sebelum itu, dalam ucapan aluan, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Norimi memaklumkan bahawa walaupun daerah Pendang agak terpencil tetapi mendapat perhatian sewajarnya dari pihak negeri. Menurut beliau, daerah Pendang merupakan daerah pertama di Kedah yang mendapt khidmat seorang Pakar Kesihatan Keluarga untuk Klinik Kesihatan. Selain itu, sebuah pusat pemulihan psikososial dan sebuah bangunan X-Ray telah di bina di daerah Pendang. Dalam bidang IT, daerah Pendang agak ke depan dari daerah lain keranan terdapat kemudahan telemedicine iaitu satu kemudahan dimana Pegawai Perubatan boleh khidmat pakar di tempat-tempat lain melalui video conferencing.
EXCO Kesihatan Kedah, Dato V.Saravanam dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada seluruh anggota Kesihatan kerana beberapa masalah utama kesihatan telah dapat diminimakan. Antaranya adalah seperti penurunan kadar kejadian kes TB. Selain itu, liputan tandas bagi daerah Pendang telah mencapai 100 %, manakala liputan air bersih sebanyak 94.3 %.
Menteri Kesihatan, Datuk Chu Jui Meng dalam ucapan perasmiannya pula memaklumkan klinik-klinik akan dinaiktarafkan sejajar dengan aspirasi menjadi sebuah negara maju. Klinik Desa 2G yang berharga RM 820,000.00 yang akan dibina kelak akan mempunyai 2 tingkat di mana tingkat bawah adalah klinik dan di tingkat atas merupakan 2 buah kuarters 3 bilik. Keadaan ini akan memberikan lebih keselesaan kepada Jururawat Desa dan seterusnya dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.Datuk Chua juga memaklumkan beberapa projek lain yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan untuk pembangunan kesihatan di daerah Pendang. Antaranya adalah Pejabat Kesihatan yang baru 
(RM 6,000,000.00), KD Paya Mengkuang (RM 880,000.00), KD Paya Kerchut (RM 850,000.00) dan menaiktaraf Klinik Kesihatan Pendang (RM3,000,000.00). Keseluruhan peruntukan yang telah dilululuskan adalah untuk daerah Pendang pada tahun ini adalah sebanyak RM 12 juta.

 

 

Pertandingan Senamrobik Surirumah Sempena Hari 
Kesihatan Sedunia 2002

Satu pertandingan senamrobik untuk surirumah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Pendang telah diadakan pada 7 Julai 2002 bertempat di dewan Sekolah Menengah Tunku Temenggung. Sebanyak 9 daerah telah menyertainya. Daerah tersebut adalah Kota Setar, Yan, Padang Terap, Baling, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baru, Langkawi dan tuan rumah sendiri. Juara pertandingan bagi tahun 2002 ini jatuh kepada daerah Langkawi, kedua- Kuala Muda dan ketiga jatuh kepada daerah Pendang.Daerah Pendang diwakili oleh pasukan senamrobik 'Rice & Curry' dibawah pimpinan Pn. Rasni Ibrahim. Para pengadil pertandingan terdiri dari En. Idrus b. Mansor, Sharifah Khatijah bt. Syed Kechik dan En. Hamdan b. Hamid. Semua meraka adalah dari persatuan Senamrobik Kota Setar.
Perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Datuk Hj.Othman Abdul, Pengerusi Kurnia Insuran. Dalam ucapan perasmian penutupnya, beliau menyarankan agar aktiviti ini dapat diteruskan pada masa depan dan menjadikan senamrobik sebagai satu budaya harian bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.Beliau juga mengesyorkan supaya tahun depan diadakan juga pertandingan seumpama ini kepada kaum bapa.
Sebagai acara kemuncak penutup, satu mass aerobik telah diadakan dimana semua peserta, pengadil, penonton turut bersenamrobik diketuai oleh Sdr. Idrus b. Mansor. 

Maklumat terkini - sesiapa yang berminat (perempuan sahaja) terutama surirumah boleh mengikuti program-program senamrobik yang di kelolakan oleh seorang kakitangan Kesihatan di daerah Pendang seperti tempat dan waktu berikut:

         1. Bangunan Pendaftaran Pendang - Ahad & Selasa (5.00 pm)
         2. Pusat Komuniti Taman Setia      - Ahad (5.30 pm)
         3. Pusat Komuniti Taman Melor      - Isnin (5.30 pm)

             
             

 

Jemputan Ke Upacara Pecah Tanah Klinik Desa 2G Padang Durian, Pendang oleh Menteri Kesihatan Malaysia

Pejabat Kesihatan Daerah Pendang menjemput semua penduduk Daerah Pendang terutamanya dari mukim Padang Kerbau ke upacara pecah tanah Klinik Desa 2G Padang Durian pada pukul 9.00 pagi bertempat di KD Padang Durian. Antar VIP yang dijangka turut hadir adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua Jui Meng, EXCO Kesihatan Kedah, Dato V. Saravanam dan Pengarah Kesihatan Kedah. KLedatangan tuan-tuan dan puan-puan adalah dialu-alukan..

 

Pertandingan Senamrobik 
Untuk Surirumah 


Satu pertandingan senam robik peringkat negeri kedah akan dianjurkan pada 7 Julai 2002 bertempat di dewan Sekolah Menengah Tunku Temenggung, Pendang. Antara objektif pertandingan tersebut adalah untuk mempromosikan aktiviti senamam terutamanya senamrobik di kalangan surirumah. Juara pertandingan tersebut akan mendapat hadiah yang lumayan dan berpeluang mengadakan persermbahan di hadapan Sultan Kedah semasa perasmian Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri Kedah. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya bolehlah berhubung dengan SN Siti Amah Mustafa di Unit Kesihatan Ibu Dan Kanak-kanak Klinik Kesihatan Pendang atau telefon 04-7596412 atau berhubung terus dengan webmaster. 
                                                  

 

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.