PROGRAM KHAS - Pusat Info Kesihatan Masyarakat

Apakah Pusat Infokesihatan Masyarakat?

Pusat Infokesihatan Masyarakat bertujuan memudahkan anggota masyarakat dapat memperolehi maklumat kesihatan seperti pameran, risalah kesihatan, booklet dan ceramah kesihatan. Maklumat ini boleh diperolehi berhampiran dengan tempat tinggal mereka dan boleh dimanafaatkan oleh pelajar sekolah, penduduk setempat dan sebagainya.

Apakah yang terdapat di pusat ini?

Pusat ini dilengkapi dengan sudut pameran. Pameran ditukar setiap 2 bulan sekali. Sudut bacaan dilengkapi dengan risalah kesihatan dan maklumat mengenai isu semasa. Terdapat televisyen dan pemain video untuk memainkan video mengenai maklumat kesihatan.

Apakah aktiviti yang dijalankan di pusat ini?

Aktiviti yang dijalankan di pusat ini ialah:

  • Pameran – bahan pameran ditukarkan setiap 2 bulan sekali mengikut tema bulanan

  • Ceramah kesihatan – ditetapkan setiap bulan mengikut keperluan semasa

  • Demonstrasi masakan – dijalankan oleh Pegawai Zat Makanan peringkat negeri

  • Kempen kesihatan

  • Senaman untuk warga usia emas

  • Kuiz kesihatan – berdasarkan kepada pameran setiap 2 bulan sekali

Siapakah yang mengendalikan pusat ini?

Pusat ini dikendalikan oleh penduduk setempat yang telah melantik JK dan mengadakan jadual untuk mengendalikan pusat ini. Sahabat Kesihatan setempat memainkan peranan untuk mengendalikan perjalanan program di pusat ini.

<< Kembali Ke Menu Program Khas