Program Khas - Sahabat Kesihatan

Siapakah Sahabat Kesihatan?

Sahabat Kesihatan ialah anggota masyarakat yang menjalankan tugas sukarela dalam isu-isu kesihatan di kampong / perumahan. Mereka adalah terdiri dari anggota masyarakat yang berkhidmat secara sukarela, mempunyai masa lapang dan aktif dalam masyarakat serta mempunyai pengetahuan asas dalam aktiviti-aktiviti kesihatan. Mereka dilantik secara rasmi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.

Apakah kriteria pemilihan Sahabat Kesihatan?

  • Sukarela
  • mempunyai masa lapang

  • mudah dihubungi (mempunyai talian telefon)

  • menjalani latihan

  • sijil perlantikan

Apakah aktiviti yang dijalankan oleh Sahabat Kesihatan?

Memberi nasihat dan membantu masyarakat dari aspek kesihatan seperti :

  • Kesihatan kanak-kanak – merujuk kes bermasalah, cacat, kekurangan zat makanan, sakit kuning (jaundis) atau keciciran pelalian ke klinik kesihatan atau hospital

  • Kesihatan ibu semasa mengandung dan selepas bersalin – iaitu rujukan ibu bermasalah, keciciran klinik dan memaklumkan ibu yang telah bersalin kepada anggota kesihatan di klinik kesihatan

  •  

  • Menjalankan aktiviti perancang keluarga dan pap smear – menasihati ibu mengenai kaedah perancang keluarga dan kepentingan menjalani pap smear.

  •  

  • Menjalankan atau membantu menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan seperti ceramah, pameran dan kem kesihatan di kampong masing-masing

  •  

  • Lain-lain aktiviti ialah rujukan kes barah, kencing manis, Tibi dan penyakit kronik yang lain.

  •  

  • Rujukan untuk memperolehi bantuan untuk lubang sampah, air limbah, tandas dan sambungan air JKR-KKM.

  •  

  •  Membantu menjalankan aktiviti di pusat pemulihan psikiatri , warga usia emas dan sebagainya.

Kenapa perlu ditubuhkan Sahabat Kesihatan?

Sahabat Kesihatan ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat secara aktif dalam perkhidmatan kesihatan.

  • Membantu anggota kesihatan dalam menguruskan kes bermasalah.

  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kesihatan dalam masyarakat

  • Memberikan maklumbalas kepada anggota kesihatan mengenai tahap kesihatan penduduk setempat.

Bagaimana untuk menjadi ahli?

  • Mengisi borang permohonan untuk menjadi ahli.

  • Menjalani kursus Sahabat Kesihatan.

  • Memberikan sijil perlantikan.

  • Mendapat kad nama untuk ahli.

Borang boleh didapati dari Klinik Kesihatan Pendang dari Puan Azizah Ramli (04-7596412)

<< Kembali ke Menu Program Khas

 

"Berganding bahu utamakan kesihatan".

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.