Perhatian !!..dapatkan maklumat tentang Avian Flu (Selsema Burung) dengan scroll ke bawah pada laman ini

 

Pejabat Kesihatan Daerah Pendang

'Perkhidmatan Berkualiti Setiap Masa'

                         

         Wabak Selsema Burung  
              (
Avian Flu)

  1. Apakah itu wabak Avian Flu?

Wabak Avian Flu ialah wabak influenza yang menyerang unggas yang dipeihara seperti ayam, itik, burung dan sebagainya. Ia telah menjadi penyakit zoonotik kerana wabak ini telah menjangkiti manusia. 

  1. Apakah penyebab wabak Avian Flu?

Avian Flu disebabkan oleh virus Influenza A dan dibahagikan kepada beberapa subtype iaitu 15 subtype H. Semua subtype ini dijumpai pada unggas kecuali 3 subtype iaitu subtype HA (H1, H2 dan H3) dan 2 subtype NA (N1 dan N2) yang menyerang manusia. 

  1. Apakah host virus ini?

Natural host virus ini ialah pada burung liar (wild birds) tetapi ia tidak menyebabkan penyakit. Ia menyebabkan penyakit kepada unggas yang dipelihara (domesticated birds). 

  1. Apakah cara jangkitan Avian flu?

Virus ini terdapat dalam air lior, cairan nasal (hidung) dan najis unggas yang dijangkit. Jangkitan boleh berlaku jika bersentuhan dengan cairan ini. Tetapi cara jangkitan yang paling sering berlaku ialah fecal-to-oral transmission (melalui najis ke mulut). 

  1. Apakah tanda-tanda penyakit Avian Flu di kalangan manusia?

Simptom penyakit adalah mengikut spectrum dari penyakit influenza biasa seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit badan kepada symptom yang lebih teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), acute respiratory distress, viral pneumonia dan lain komplikasi yang boleh menyebabkan kematian. 

Semua virus influenza mempunyai potensi untuk berubah (mutasi). Dengan perubahan ini akan membolehkan virus untuk menjangkiti manusia dan berlaku jangkitan dari manusia ke manusia. Jika ini berlaku kemungkinan akan berlaku wabak influenza pandemic. 

  1. Adakah rawatan untuk penyakit ini?

Rawatan untuk strain virus influenza yang menyerang manusia boleh digunakan untuk virus Avian Flu. 

  1. Apakah langkah pencegahan untuk mengelak dari jangkitan Avian Flu?

Pastikan: 

7.1  Bagi pekerja yang bekerja di ladang ayam, itik, burung puyuh atau kedai menjual burung, pastikan memakai glove apabila membersih najis atau reban.

7.2  Pastikan menanam atau membakar unggas yang telah mati oleh sebab penyakit.

7.3  Mendapat rawatan di Klinik atau Hospital terdekat jika mempunyai tanda-tanda penyakit influenza dan memaklumkan Pegawai Perubatan bahawa mereka bekerja di ladang / reban unggas.

7.4  Memakai mask atau penutup mulut apabila mengendalikan unggas di ladang.

7.5  Membersihkan tangan dengan sabun dan air selepas mengendalikan reban ayam atau unggas.

 

  SUMBER: CDC ATLANTA DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan mengenai Avian Flu (Selsema Burung), sila emailkan kepada asri_4@hotmail .com, atau pun bertanya terus kepada doktor dengan klik pada "Kesihatan & Anda" pada menu.

Tarikh Dikemaskini: 28 hb. Januari 2004

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.