Ucapan Aluan Pegawai Kesihatan Daerah Pendang

 

Syukur alhamdulillah, seiring dengan era IT dan teknologi komunikasi yang canggih, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang telah berjaya menghasilkan laman web bagi Daerah Pendang. Adalah diharapkan ia mampu memberi manfaat dan maklumat kepada masyarakat mengenai perkhidmatan yang disediakan. Selaras dengan hasrat Perdana Menteri agar masyarakat akan menjadi celik komputer dan IT, laman web ini akan dapat merangsang minat mendalam masyarakat terhadap bidang baru ini.

Dengan adanya laman web ini adalah diharapkan masyarakat serta individu akan mendapat manfaat dan maklumat terkini mengenai isu-isu dalam kesihatan. Terdapat juga ruang “Kesihatan dan Anda” yang dapat dimanfaatkan oleh orang awam dalam bentuk soal jawab dengan Pakar Perubatan Keluarga.

Akhir kata, adalah diharapkan dengan terbentuknya laman web ini, masyarakat akan lebih memahami fungsi Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. Laman ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan maklumbalas yang berguna dan berkesan kepada anggota masyarakat.

Selamat melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

DR. HAJJAH HAYATI BINTI HAJI MOHD. RADZI

 

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.