Make your own free website on Tripod.com

UNIT INSPEKTORAT - Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling

Objektif Am

Meningkatkan taraf kebersihan alam sekeliling penduduk luar bandar dengan tujuan mengurangkan kejadian penyakit berjangkit terutama penyakit bawaan air dan makanan dan jangkitan cacing.

Objektif khusus

  • Menggalak dan meningkatkan kesedaran penduduk membuang najis dengan selamat dengan cara penggunaan tandas curah.

  • Menggalak dan meningkatkan kesedaran penduduk menggunakan air bersih dengan cara pembinaan sambungan air paip JKR ,sambungan air paip JKR/KKM, perigi tiub ,perigi tiub dengan sambungan ke rumah dan sistem bekalan air secara graviti.

  • Menggalak penduduk menjaga kebersihan rumah dengan cara penggunaan lubang sampah dan sistem perlimbahan terkawal.

Tanggungjawab

  • Memberi tunjuk ajar kepada penduduk cara-cara pembinaan tandas curah.

  • Menyalurkan bantuan subsidi pembinaan tandas kepada penduduk yang memerlukan.

  • Menggalakkan masyarakat luar Bandar menggunakan air paip JKR atau JKR/KKM, membina telaga tiub sambungan ke rumah untuk kawasan yang tiada jaringan paip air JKR.

  • Memberi tunjuk ajar teknik menggali lubang sampah dan lubang serapan.

  • Memberi pendidikan kesihatan kepada penduduk untuk menyedarkan mereka kepentingan menjaga kebersihan alam sekeliling,dengan menjuruskan mereka mengadakan dan menggunakan komponen tersebut.

<< Menu Unit-Unit | Menu Inspektorat

Unit Inspektorat | Pengenalan | Objektif Jabatan | Staf | Unit Kawalan Vektor | Unit Kawalan Penyakit Berjangkit | Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) | Unit Kawalan Mutu Makanan | Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan | Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit / Pendidikan Kesihatan | Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.