UNIT INSPEKTORAT - Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan

Objektif

  • Memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada penduduk adalah bermutu dan selamat serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.
  • Memastikan mutu air yang dibekalkan kepada penduduk ladang/lombong adalah bermutu dan selamat diminum serta mematuhi piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada mendapat ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.

Tanggungjawab.

  • Menyediakan Program Tahunan aktiviti percontohan air yang dibekalkan oleh JKR.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti percontohan setiap minggu mengikut jadual/program yang telah disediakan.
  • Menjalankan analisa makmal bagi sampel-sampel air bagi bekalan air KKM di makmal KMAM
  • Menjalankan kajian kebersihan kawasan tadahan, loji dan sistem retikulasi serta ladang-ladang.
  • Menyediakan laporan-laporan bulanan, suku tahun dan tahunan seperti yang dikehendaki oleh ketua unit, ketua jabatan, unit kejuruteraan dan Kementerian Kesihatan.

<< Menu Unit-Unit | Menu Inspektorat

Unit Inspektorat | Pengenalan | Objektif Jabatan | Staf | Unit Kawalan Vektor | Unit Kawalan Penyakit Berjangkit | Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) | Unit Kawalan Mutu Makanan | Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan | Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit / Pendidikan Kesihatan | Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.