UNIT INSPEKTORAT - Unit Kawalan Mutu Makanan

Objektif

  • Memastikan mutu makanan yang diproses dikilang,diangkut dan dijual kepada pengguna adalah mematuhi piawaian makanan yang ada bagi menjamin makanan tersebut selamat untuk dimakan oleh manusia.

  • Memastikan mutu makanan yang diproses/dikilang untuk tujuan import/eksport mematuhi piawaian makanan yang ada bagi menjamin mutu makanan tersebut selamat untuk dimakan oleh manusia.

  • Memastikan setiap pengendali makanan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat suntikan pelalian anti-typhoid.

  • Memastikan matlamat dan program Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai industri sampai kepada kumpulan sasaran iaitu pengusaha dan pengguna makanan.

  • Memastikan segala peruntukan di bawah Akta Makanan 1983,Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dipatuhi/diamalkan dengan cara penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Tanggungjawab

  • Menjalankan percontohan makanan untuk dianalisa mikro dan kimia bagi memastikan makanan yang ada di pasaran/di kilang mematuhi piawaian makanan yang ada.

  • Menjalankan pemeriksaan premis tahap kebersihan dan keselamatan makanan serta tingkahlaku pengendali makanan berada pada tahap optima bagi menjamin makanan yang dihasilkan adalah selamat dan bebas dari pencemaran.

  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan dan suntikan kepada pengendali makanan.

  • Menyediakan fail siasatan untuk tindakan mahkamah terhadap mereka yang didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

  • Melibatkan diri dalam kursus,pameran dan dialog yang ada hubungkait dengan matlamat dan objektif Unit Kawalan Mutu Makanan.

<< Menu Unit-Unit | Menu Inspektorat

Unit Inspektorat | Pengenalan | Objektif Jabatan | Staf | Unit Kawalan Vektor | Unit Kawalan Penyakit Berjangkit | Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) | Unit Kawalan Mutu Makanan | Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan | Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit / Pendidikan Kesihatan | Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.