UNIT INSPEKTORAT - Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

Objektif Umum

  • Untuk meningkatkan dan mengekalkan keadaan kesihatan Fizikal, Mental dan Sosial anggota kesihatan daerah Pendang pada tahap optimum.

Objektif Khusus

  • Untuk mengekalkan persekitaran, proses dan amalan pekerjaan yang sihat, selamat dan mencegah masalah kesihatan yang mungkin berlaku akibat pekerjaan atau persekitarannya.
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan majikan, pekerja dan pelanggan.
  • Untuk meningkatkan tahap kesihatan, keselamatan dan kebajikan anggota melalui aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit di tempat kerja.
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti melalui peningkatan taraf kesihatan, keselamatan dan kebajikan anggota.

Strategi

  • Integrasi program kesihatan pekerjaan di peringkat penjagaan kesihatan primer
  • Latihan kepada anggota berkaitan kesihatan pekerjaan
  • Pengukuhan rangkaian pemantauan epidemiologi penyakit pekerjaan termasuk keracunan kimia dan pestisid
  • Mempromosikan kesihatan pekerjaan dan kesihatan di tempat kerja
  • Pengukuhan kerjasama dan koordinasi aktiviti antara sektor/jabatan/agensi

Senarai Tugas

Pengurusan Data KPAS

  • Memantau, mengawasi, menerima, mengumpul dan menyusun data-data dan maklumat berkaitan KPAS
  • Membantu dalam menganalisa data KPAS
  • Menyedia laporan mingguan, bulanan dan menghantar ke Unit KPAS JKN

Penguatkuasaan

  • Menjalankan penguatkuasaan keatas premis–premis perkilangan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bersama–sama dengan pegawai dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Penyiasatan Aduan / Insiden kejadian Penyakit KPAS

  • Menyiasat insiden kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan
  • Menyiasat aduan berkaitan Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar
  • Menyiasat aduan kacau ganggu
  • Mengendali, menjaga, mengurus dan kalibrasi alat–alat pemonitoran Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
  • Bersama-sama JKKP dalam penyiasatan penyakit berkaitan pekerjaan dan alam sekitar

Pemeriksaan Premis dan Kajian Impak Kesihatan Alam Sekitar (EHIA)

  • Menjalankan pemeriksaan bagi tapak – tapak dan premis berikut :
  1. Pemeriksaan premis bagi pengeluaran lesen makhluk perosak
  2. Pemeriksaan mengenalpasti hazad
  3. Pemeriksaan rumah–rumah kongsi pekerja
  4. Pemeriksaan Tapak Pelupusan sampah dan sisa Pepejal
  5. Pemeriksaan TASKA, Pusat Jagaan kanak–kanak
  6. Pemeriksaan Pasar, Taman Permainan, Rumah Kediaman
  7. Menjalankan Audit Keselamatan Dalaman di kemudahan kesihatan
  8. Menyiasat kejadian kes “Pembakaran Terbuka” serta menghantar laporan ke Jabatan Alam Sekitar

<< Menu Unit-Unit | Menu Inspektorat

Unit Inspektorat | Pengenalan | Objektif Jabatan | Staf | Unit Kawalan Vektor | Unit Kawalan Penyakit Berjangkit | Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) | Unit Kawalan Mutu Makanan | Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan | Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit / Pendidikan Kesihatan | Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.