|
 |
|
|
Upacara
Pecah Tanah Klinik Desa
2G Padang Durian, Pendang
Pada 7 Julai 2002, satu majlis
upacara Pecah Tanah Klinik Desa 2G Padang Durian telah dirasmikan
oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chu Jui Meng. Majlis turut
dihadiri oleh EXCO Kesihatan Kedah, Dato V.Saravanam, Pengarah
Kesihatan Kadah, Dr. Norimi Murad, Timbalan - timbalan Pengarah
Kesihatan Kedah, Pegawai Kesihatan Daerah Pendang, ketua-ketua
masyarakat, penduduk-penduduk kampung berdekatan serta kakitangan
kesihatan sendiri.
Sebelum itu, dalam ucapan aluan, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr.
Norimi memaklumkan bahawa walaupun daerah Pendang agak terpencil
tetapi mendapat perhatian sewajarnya dari pihak negeri. Menurut
beliau, daerah Pendang merupakan daerah pertama di Kedah yang
mendapt khidmat seorang Pakar Kesihatan Keluarga untuk Klinik
Kesihatan. Selain itu, sebuah pusat pemulihan psikososial dan
sebuah bangunan X-Ray telah di bina di daerah Pendang. Dalam
bidang IT, daerah Pendang agak ke depan dari daerah lain keranan
terdapat kemudahan telemedicine iaitu satu kemudahan dimana
Pegawai Perubatan boleh khidmat pakar di tempat-tempat lain
melalui video conferencing.
EXCO Kesihatan Kedah, Dato V.Saravanam dalam ucapannya mengucapkan
syabas kepada seluruh anggota Kesihatan kerana beberapa masalah
utama kesihatan telah dapat diminimakan. Antaranya adalah seperti
penurunan kadar kejadian kes TB. Selain itu, liputan tandas bagi
daerah Pendang telah mencapai 100 %, manakala liputan air bersih
sebanyak 94.3 %.
Menteri Kesihatan, Datuk Chu Jui Meng dalam ucapan perasmiannya
pula memaklumkan klinik-klinik akan dinaiktarafkan sejajar dengan
aspirasi menjadi sebuah negara maju. Klinik Desa 2G yang berharga
RM 820,000.00 yang akan dibina kelak akan mempunyai 2 tingkat di
mana tingkat bawah adalah klinik dan di tingkat atas merupakan 2
buah kuarters 3 bilik. Keadaan ini akan memberikan lebih
keselesaan kepada Jururawat Desa dan seterusnya dapat meningkatkan
lagi perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.Datuk Chua
juga memaklumkan beberapa projek lain yang telah diluluskan oleh
Kementerian Kesihatan untuk pembangunan kesihatan di daerah
Pendang. Antaranya adalah Pejabat Kesihatan yang baru
(RM 6,000,000.00), KD Paya Mengkuang (RM 880,000.00), KD Paya
Kerchut (RM 850,000.00) dan menaiktaraf Klinik Kesihatan Pendang
(RM3,000,000.00). Keseluruhan peruntukan yang telah dilululuskan
adalah untuk daerah Pendang pada tahun ini adalah sebanyak RM 12
juta.

|
|
|
Pertandingan
Senamrobik Surirumah Sempena Hari
Kesihatan Sedunia 2002
Satu pertandingan senamrobik
untuk surirumah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Pendang telah
diadakan pada 7 Julai 2002 bertempat di dewan Sekolah Menengah
Tunku Temenggung. Sebanyak 9 daerah telah menyertainya. Daerah
tersebut adalah Kota Setar, Yan, Padang Terap, Baling, Kuala Muda,
Kulim, Bandar Baru, Langkawi dan tuan rumah sendiri. Juara
pertandingan bagi tahun 2002 ini jatuh kepada daerah Langkawi,
kedua- Kuala Muda dan ketiga jatuh kepada daerah Pendang.Daerah
Pendang diwakili oleh pasukan senamrobik 'Rice & Curry'
dibawah pimpinan Pn. Rasni Ibrahim. Para pengadil pertandingan
terdiri dari En. Idrus b. Mansor, Sharifah Khatijah bt. Syed
Kechik dan En. Hamdan b. Hamid. Semua meraka adalah dari persatuan
Senamrobik Kota Setar.
Perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Datuk Hj.Othman Abdul,
Pengerusi Kurnia Insuran. Dalam ucapan perasmian penutupnya,
beliau menyarankan agar aktiviti ini dapat diteruskan pada masa
depan dan menjadikan senamrobik sebagai satu budaya harian bagi
meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.Beliau juga mengesyorkan
supaya tahun depan diadakan juga pertandingan seumpama ini kepada
kaum bapa.
Sebagai acara kemuncak penutup, satu mass aerobik telah diadakan
dimana semua peserta, pengadil, penonton turut bersenamrobik
diketuai oleh Sdr. Idrus b. Mansor.
Maklumat terkini
- sesiapa yang berminat (perempuan sahaja) terutama surirumah
boleh mengikuti program-program senamrobik yang di kelolakan oleh
seorang kakitangan Kesihatan di daerah Pendang seperti tempat dan
waktu berikut:
1. Bangunan Pendaftaran Pendang - Ahad & Selasa (5.00 pm)
2. Pusat Komuniti
Taman Setia - Ahad (5.30 pm)
3. Pusat Komuniti
Taman Melor - Isnin (5.30 pm)

 |
|
|
Jemputan
Ke Upacara Pecah Tanah Klinik Desa 2G Padang Durian, Pendang oleh
Menteri Kesihatan Malaysia
Pejabat Kesihatan Daerah Pendang
menjemput semua penduduk Daerah Pendang terutamanya dari mukim
Padang Kerbau ke upacara pecah tanah Klinik Desa 2G Padang Durian
pada pukul 9.00 pagi bertempat di KD Padang Durian. Antar VIP yang
dijangka turut hadir adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Chua
Jui Meng, EXCO Kesihatan Kedah, Dato V. Saravanam dan Pengarah
Kesihatan Kedah. KLedatangan tuan-tuan dan puan-puan adalah
dialu-alukan.. |
|
|
Pertandingan
Senamrobik
Untuk Surirumah
Satu pertandingan senam robik peringkat negeri kedah akan
dianjurkan pada 7 Julai 2002 bertempat di dewan Sekolah Menengah
Tunku Temenggung, Pendang. Antara objektif pertandingan tersebut
adalah untuk mempromosikan aktiviti senamam terutamanya senamrobik
di kalangan surirumah. Juara pertandingan tersebut akan mendapat
hadiah yang lumayan dan berpeluang mengadakan persermbahan di
hadapan Sultan Kedah semasa perasmian Hari Kesihatan Sedunia
peringkat negeri Kedah. Kepada sesiapa yang berminat untuk
menyertainya bolehlah berhubung dengan SN Siti Amah Mustafa di
Unit Kesihatan Ibu Dan Kanak-kanak Klinik Kesihatan Pendang atau
telefon 04-7596412 atau berhubung terus dengan webmaster.

|
|
|