Make your own free website on Tripod.com

PKD Pendang - Khidmat Atas Talian

 

- Penyakit Kardio-Vaskular-

Penyakit kardio-vaskular ialah penyakit yang melibatkan jantung dan saluran darah di dalam badan .

Contoh yang penting:

§        Sindrom salurnadi koronari

§        Angin ahmar (stroke)

§         Tekanan darah tinggi (hypertension)

 


-Sindrom Arteri Koronari-

Sindrom ini disebabkan oleh rongga di dalam salurnadi menjadi sempit. Penyempitan ini disebabkan oleh pemendapan lemak (arterosclerosis) sehingga aliran darah terganggu.. Proses ini mengambil masa yang lama. Darah beku mungkin terbentuk apabila saluran itu menjadi terlalu sempit seterusnya  tiada aliran darah ke otot-otot jantung. Akibatnya otot jantung mati dan orang itu mendapat serangan jantung.           

-Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit ini?-

Lakukan saringan dibawah untuk menentukan tahap risiko anda.

Adakah anda?

Tidak Ya
- Lelaki   lebih dari 45 tahun / wanita yang telah menopos    
- Mempunyai sejarah keluarga sindrom ini    
- Perokok    
- Mempunyai tekanan darah tinggi melebihi 135/85mmHg    
- Kolesterol yang melebihi 5.6mmol/l            
- HDL kolesterol melebihi 1.6mmol/l            

Pemarkahan

Berikan 1 markah setiap satu jika jawapan anda nombor 1 hingga 5 adalah ‘Ya’    

Tolak 1 markah jika jawapan nombor 6 adalah ‘Ya’

Campur semua markah anda.

Jika jumlah markah anda 2 atau lebih, anda termasuk dalam golongan berisiko tinggi.


Risiko lain yang turut menyumbang, tetapi pada tahap yang lebih rendah;

  • Diabetis Mellitus (Kencing Manis)

  • Indeks jisim badan melebihi 25kg/m2.

  • Cara hidup yang sedentary (tidak bersenam)

Berhati-hati jika anda berisiko tinggi, kenalilah gejala-gejala sakit jantung.

  • Sakit bahagian tengah dada; menghimpit, ketat.

  • Sakit yang menular ke lengan kiri/ leher dan lagu/ tulang belikat.

  • Sesak nafas.

  • Berpeluh-peluh.

 

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.