UNIT PENTADBIRAN PKD PENDANG

 


KUTIPAN HASIL UNIT KEWANGAN DI PEJABAT KESIHATAN PENDANG

1)  Pemeriksaan Kesihatan 

          -        Caj Bayaran          : RM 20.00

-        Pemohon terdiri dari pelajar-pelajar yang hendak memasuki sekolah berasrama penuh dan pengajian tinggi serta orang awam yang dilantik ke dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta. Bagi yang dilantik ke perkhidmatan kerajaan adalah percuma.

 
2)  Pemeriksaan Kumpulan Darah
 

-        Caj Bayaran          : RM 10.00

-        Pemohon terdiri dari bakal-bakal haji yang hendak mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji.
 

3) Caj Pesakit Luar 

-        Caj bayaran sebanyak RM 1.00 dikenakan bagi pesakit yang berjumpa Pembantu Perubatan atau Pegawai Perubatan U3

-        Caj bayaran sebanyak RM 5.00 dikenakan bagi pesakit yang berjumpa Pakar Perubatan Keluarga.
 

4) Kutipan Warga Asing 

-        Bagi kes yang dirujuk dari klinik swasta atau lawatan pertama untuk berjumpa dengan Pakar dikenakan bayaran RM 60.00.

-        Bagi kes-kes 'follow up' untuk berjumpa Pakar dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00

-        Bagi kes-kes yang dirawat oleh Pegawai Perubatan U3 atau Pembantu Perubatan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.00 seorang.
 

5) Kutipan Kawalan Mutu Makanan 

-        Caj Bayaran          : RM 3.00

-        Dikenakan bayaran bagi pengendali makanan yang sudah mempunyai buku dan hanya untuk mendapat suntikan sahaja

-        Caj Bayaran          : RM 5.00

-        Dikenakan bagi pengendali makanan yang datang untuk mendapat suntikan dan membuat buku baru.
 

6) Kompoun Merokok / Serangga 

-        Caj Bayaran          : RM 100.00

-        Kompoun bagi orang-orang yang dikenakan denda kerana kesalahan merokok ditempat-tempat yang terlarang.

-        Kompoun bagi orang-orang yang dikenakan denda kerana kesalahan membiakkan jentik-jentik nyamuk Aedes di premis kediaman. 

 

<< Menu Unit-Unit

 

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.