PEMULIHAN PSIKOSOSIAL (PSS) DALAM KOMUNITI DI KLINIK KESIHATAN PENDANG

 

Pemilihan klien

Kemasukan ke PPS memerlukan rujukan daripada

  • Pakar Psikiatri dari hospital berdekatan

  • Pakar Perubatan Keluarga

  • Pegawai Perubatan & Kesihatan dari KK dalam daerah Pendang

  • Pembantu Perubatan

  • Jururawat Terlatih

Kriteria kemasukan

  • Pesakit mental yang  keperluan asasnya tidak tercapai

  • Pesakit & keluarga berminat dan bersedia untuk mengambil bahagian di dalam program pemulihan.

Kriteria pengecualian

  • Sejarah penyalahgunaan dadah merbahaya

  • Terlibat dengan jenayah dan masalah medico-legal

  • Mengalami nyanyuk (demensia) dan kecelaruan fikiran (delirium)

 

Kemahiran domestik

  • Pengurusan rumahtangga
  • Penyediaan makanan
  • Pengurusan kewangan

 

 

Rekreasi & Kemahiran sosial

Kemahiran sosial diperlukan untuk berinteraksi dengan orang lain. Aspek penting untuk berinteraksi ialah komunikasi. Aspek komunikasi yang dipertekankan ialah;

  • Komunikasi lisan
  • Komunikasi tanpa lisan

Intervensi Keluarga

  • Pendidikan psikososial (psychoeducation)
  • Cara-cara menangani tekanan dalam keluarga
  • Meningkatkan sokongan keluarga dan masyarakat
  • Memupuk perhubungan kerjasama antara keluarga dan anggota kesihatan.

Kemahiran mencari kerja

  • Penampilan diri dan pengendalian masa
  • Kemahiran kerja
  • Kemahiran tugasan
  • Kemahiran motor (pergerakan)

 

 

<< Kembali ke Menu Program Khas | Halaman 1 | 2 | 3 |

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.