PEMULIHAN PSIKOSOSIAL (PSS) DALAM KOMUNITI DI KLINIK KESIHATAN PENDANG

 

Hari Terbuka PPS

Hari terbuka PPS telah diadakan dengan tujuan

  • Mewar-warkan perkhidmatan PPS ini kepada ahli masyarakat
  • Membawa ahli masyarakat setempat memantau sendiri kemajuan yang dicapai oleh pesakit mental
  • Mengurangkan stigma (buruk sangka) teerhadap pesakit mental
  • Mengeratkan perhubungan di antara ahli masyarakat dengan pesakit mental dan wargakerja kesihatan

Kumpulan sokongan keluarga

Kumpulan ini ditubuhkan oleh waris-waris pesakit mental di daerah Pendang. Ada juga golongan professional yang turut serta dalam kumpulan ini walaupun tiada ahli keluarga yang megalami sakit ini. Jawatankuasa kumpulan ini terdiri dari waris sendiri dengan anggota kesihatan sebagai penasihat .

Kumpulan ini bertujuan untuk

  • memberi sokongan moral kepada waris pesakit-pesakit,
  • menolong menjalankan aktiviti PPS,
  • mengukuhkan tahap kewangan untuk perjalanan aktiviti PPS

Bagaimana anda dapat menolong?

Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, bertanggungjawab dan berguna, anda boleh:

  • Menerima pesakit mental ke dalam komuniti tanpa prejudis
  • ketepikan stigma terhadap pesakit mental
  • Bawa / rujuk pesakit mental untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik berdekatan – penyakit mental boleh dikawal

 

"Hentikan pengasingan, berikan penjagaan."

<< Kembali ke Menu Program Khas |Halaman 1 | 2 | 3 |

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.