UNIT INSPEKTORAT - Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

Objektif Am

Mengawal secara rapi dari segi epidemiologi terhadap bentuk (pattern) kejadian penyakit berjangkit dalam daerah mengenai tempat, masa dan kumpulan orang yang terlibat serta mengambil langkah kawalan yang sesuai dan berkesan dengan cepat supaya kematian dan kadar kejadian kes dapat di kurangkan. Keazaban dan kerugian ekonomi juga dapat dielakkan.

Objektif Khusus

  • Meningkat dan mengekalkan aktiviti surveillance untuk meramal dan pengesanan awal wabak penyakit termasuklah merancang, melaksanakan dan menilai keberkesanan program pencegahan yang dijalankan.

  • Mengkaji sebab utama kejadian dan kematian berpunca dari penyakit dan membentuk satu cara siasatan.

  • Menggalak kerjasama dan hubungan dengan lain-lain perkhidmatan dalam kontek pencegahan  penyakit.

Tanggungjawab

  • Menjalankan aktiviti surveillance kejadian cirit-birit akut dengan tujuan meramal dan  merancang aktiviti yang berkesan sebelum berlaku sesuatu wabak penyakit.

  • Menyiasat semua kejadian wabak/penyakit serta mengambil tindakan kawalan yang berkesan  supaya ianya tidak merebak dan mengancam nyawa manusia.

  • Menjalankan tindaksusul terhadap kes lama penyakit taun dan tifoid.

  • Mengesan kes/pembawa AIDS dan kontek-kontek untuk program kaunseling.

  • Menjalankan tindaksusul untuk kes/kontek penyakit TB dan kusta.

 

<< Menu Unit-Unit | Menu Inspektorat

Unit Inspektorat | Pengenalan | Objektif Jabatan | Staf | Unit Kawalan Vektor | Unit Kawalan Penyakit Berjangkit | Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) | Unit Kawalan Mutu Makanan | Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan | Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit / Pendidikan Kesihatan | Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.