UNIT INSPEKTORAT - Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit / Pendidikan Kesihatan

Objektif

  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkenaan penyakit–penyakit yang diakibatkan oleh gaya hidup.
  • Untuk memberi pengetahuan dan maklumat serta mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat

Strategi

  • Mendidik penduduk untuk menjalani kehidupan yang sihat
  • Mengesan faktor risiko penyakit dan mengurangkannya
  • Mengurangkan penyakit dan merawat
  • Mencegah komplikasi penyakit
  • Rehabilitasi

Tugas Dan Tanggungjawab

  • Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit bergerak berdasarkan penyakit dan aktiviti berikut :
1. Penyakit Diabetes
2. Cardiovascular Disease (CVD) dan Hypertension (HT)
3. Merokok dan perokok
4. Penyakit Kanser
5. Kecederaan dan Kemalangan
6. Penyalahgunaan bahan-bahan (Substance abuse)
  • Memantau dan menyelaras aktiviti mengesan penyakit-penyakit seperti diabetes, hypertension dan kardiovaskular.
  • Mempromosikan klinik-klinik khas seperti Klinik Berhenti Merokok dan Klinik Diabetes kepada kakitangan dan juga orang awam.
  • Mempromosikan kepentingan mengesan penyakit-penyakit berkaitan gaya hidup kepada orang awam.
  • Mengumpul maklumat dan data berkaitan aktiviti-aktiviti pengesanan dan rawatan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang dijalankan di peringkat klinik-klinik kesihatan.
  • Mengatur dan menyelaras aktiviti promosi kesihatan seperti mengadakan kem-kem kesihatan di kampung-kampung.
  • Mengedar dan mengagihkan bahan-bahan pendidikan kesihatan seperti poster dan risalah kepada klinik-klinik kesihatan, sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat tumpuan ramai.
  • Menyebarkan maklumat berkaitan isu semasa kesihatan awam kepada institusi kesihatan dan juga orang ramai dari masa ke semasa.
  • Memberi latihan dan kursus kepada kakitangan dalam aktiviti kempen cara hidup sihat.
  • Menyelaras dan memantau program-program khas kemasyarakatan seperti aktiviti di Pusat Info Kesihatan Masyarakat.
  • Menjalankan aktiviti penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil tembakau 1993.
  • Memeriksa,mengulas, melawat tapak dan memberi komen permohonan pelan bangunan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Seorang Inspektor Kesihatan ditempatkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.
  • Seorang Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan Seorang Pembantu Rendah Am (PRA) membantu IK menjalankan aktiviti-aktiviti berikut semasa keadaan memerlukan terutama semasa aktiviti pendidikan kesihatan.

<< Menu Unit-Unit | Menu Inspektorat

Unit Inspektorat | Pengenalan | Objektif Jabatan | Staf | Unit Kawalan Vektor | Unit Kawalan Penyakit Berjangkit | Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) | Unit Kawalan Mutu Makanan | Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan | Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit / Pendidikan Kesihatan | Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar

Rekabentuk & Konsep Laman Oleh Jawatankuasa Laman Web PKD Pendang.